KONSEP AQIDAH ISLAMIYAH

Definisi Aqidah
Aqidah datang dari perkataan Aqdun; janji yang kuat dan membawa maksud kesuluruhan sebagai suatu janji yang kuat antara hamba dan pencipta.



Aqidah, sesungguhnya merupakan benteng kepada iman.
Kita boleh lihat contoh insan yang mempunyai aqidah yang kuat dan teguh, seperti Bilal bin Rabah, Sumayyah, Ammar Yasir dan ramai lagi para sahabat nabi SAW

Perbezaan Aqidah dan Ideologi

Aqidah

o Bersifat keagamaan
Bersebati dalam jiwa
Ada kekuatan ghaib
o  Tetap dan tidak berubah
Sentiasa bersemangat dan bercahaya
Sanggup mati mempertahankannya

Ideologi
Bersifat kemanusiaan
o Lingkungan falsafah
Taksonomi/ Sains
Berubah mengikut masa
Bagai gua yang gelap dan aqidah bagai cahaya
Mirip kepada angan-angan dan syubhah


UNSUR-UNSUR PEMBENTUKAN AQIDAH
  • Melalui akal atau pemikiran
  • Melalui iradah atau daya memilih
  • Melalui wujdan atau perasaan

KEPENTINGAN AQIDAH DALAM ISLAM

- Akidah sebagai pembentuk peribadi

Acuan dapat membentuk isi kandungannya begitu jugalah akidah dapat membentuk tabiat keinsanan manusia.

-Membentuk diri manusia di dunia dan di akhirat


Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul Nya serta kepada penerang cahaya (Al Quran) yang kami turunkan. Dan (ingatlah) Allah amat mendalam pengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.” (At Taghabun: 8)
Di dalam ayat di atas, Allah ingin menyampaikan bahawa Dia Maha Mengetahui segala sesuatu bahawa hambanya beriman dan mempunyai aqidah yang teguh atau tidak. Sesungguhnya, yang beriman akan selamat di akhirat kelak.

-Hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia terikat dengan baik


“Dan ingatlah Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku.” (Az-Zaariyat: 56)

Di dalam ayat di atas, Allah berfirman untuk kita manusia beribadah dengan taat kepadaNya. Dengan cara itu, hubungan kita dengan Allah akan terjaga dan secara langsung urusan kehidupan kita di dunia sesama manusia akan dipermudahkan.




-Mengukuhkan keyakian manusia kepada beragama


Setiap lelaki dan perempuan yang mukallaf wajib mempelajari ilmu akidah untuk mengelakkan diri dari iktikad yang batil dan boleh merosakkan akidah.

KESIMPULAN

oKonsep akidah seperti yang digambarkan dalam Al Quran adalah sebagai wadah acuan Allah swt.
oManusia dipinta supaya membentuk dirinya mengikut bentuk dan corak sebagaimana ditetapkan oleh Allah swt.


  • Till next post, \(^0^)ノ






Comments

Popular posts from this blog

KONSEP SYAHADAH DAN TUNTUTANNYA

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

KONSEP ILMU DAN AKAL