KONSEP ILMU DAN AKAL


PENGERTIAN ILMU 

Bahasa;
  • Al-Ru'yah: lihat dan perhati
  • Al-'Ilm Bi al-Syai' : mengetahui tentang sesuatu
  • AL-Izn : kebenaran atau keizinan
Istilah;
  • Mendapat sesuatu atau pengetahuan tentang sesuatu yang belum diketahui melalui cara pembelajaran.
Perbezaan Ilmu, Makrifah dan Hakikat

Ilmu; suatu pengetahuan yang meliputi pengetahuan yang diperolehi oleh seseorang sama ada melalui belajar atau pengalaman. Perkara yang berasaskan keraguan, syak, kebenaran juga kebatilan. 

Makrifah; Keadaan atau sifat seseorang yang mengenal sesuatu dari sudut zat, sifat dan kadarnya hingga akhirnya dapat mengetahui atau membongkar rahsia sesuatu. Makrifah belum pasti sepenuhnya dan tidak mencapai tahap keyakinan yang mutlak. (Imam Ghazali)

Hakikat; Kedudukan paling tinggi serta jalan untuk menjamin ke puncak kejayaan. Hal ini kerana ilmu dan makrifat ialah nur untuk hakikat. Hakikat ialah makrifat yang mutlak. Boleh dicapai melalui gabungan akal, ilmu, wahyu dan makrifah.

Pembahagian Klasifikasi Ilmu
  1. Ilmu fardhu ain
  • Sesuatu ilmu yang menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mempelajari dan mendalaminya. 
  • Sekira seorang Islam itu tidak menjalankannya, dikira berdosa. 
  • Wajib dipelajari dan dilaksana.
      2. Ilmu fardhu kifayah
  • Sesuatu ilmu yang menjadi tanggungjawab sekumpulan tertentu sahaja yang mewakili orang Islam yang lain atau untuk mewakili masayarakat. 
  • Kiranya sudah ada segolongan yang mempelajarinya, orang Islam lain bebas daripada tanggungjawab.
  • Contoh; ilmu kedoktoran, sains dan mempelajari ilmu tafsir dengan mendalam.
Related image


Sumber-Sumber Ilmu
  1. Sumber ilmu menurut Al-Quran dan hadis
  • Allah sebagai pemberi sumber ilmu yang terbesae dan Allah yang utama.
  • Diperolehi dengan mempelajari, membaca, mendengar atau megkaji.
  • Pancaindera dan tanggapan manusia serta melalui hati, iaitu kesedaran, keinsafan dan keyakinan.
  • Melalui penelitian, pemerhatian dan berjalan serta mengambil pengajaran daripada pengalaman.
  • Pertanyaan kepada yang lebih mengetahui.
      2. Sumber ilmu menurut pemikir Islam
  • Ilmu dapat diperolehi melalui deria serta pancaindera contohnya; deria rasa, deria sentuh, deria pendengaran dan penglihatan.
  • Menurut Imam Al-Ghazali, ilmu dapat diperolehi melalui akal, diarah kepada pemikiran atau fitrah akal yang positif diguna untuk mengkaji, berfikir dan memahami sesuatu.
  • Dapat juga dicapai melalui institusi seperti persekolahan, kuliah, pembentangan kertas kerja, seminar dan institusi tidak rasmi seperti di masjid.
  • Ilmu juga boleh dieperolehi melalui ihram.
  • Para nabi dan rasul sahaja yang boleh mencapai ilmu melalui wahyu.
  • Menurut Imam Al Ghazali, ilmu itu perlulah dilaksanakan dan dipraktikkan.
  • Binatang yang tidak berakal boleh dibentuk dan dididik, apatah lagi manusia yang waras.
Akal

Pendahuluan

-Keistimewaan dan kelebihan manusia berbanding makhluk lain ialah akal pemikiran. Berpandukan akal, manusia mencari ilmu pengetahuan serta memandu ke arah kebaikan.

-Al-Quran menyebut banyak kali berkaitan dengan akal dan Allah menyatakan bukti bukti kekuasaanNya untuk manusia memikirkan menggunakan akal untuk mengkaji dan mengukuhkan keimanan. 



"Dan dari buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripada minuman hram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada demikian itu terdapat satu tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang mahu menggunakan akal" 

Konsep Akal

Akal merupakan asas penting kepada manusia dan dapat membezakan darjat manusia dengan makhluk lain. Lantaran akal adalah amanah seperti nikmat lain.

      Allah menyebut banyak kali tentang akal dalam al-Quran, yang mana perkataan yang berkaitan akal diulang hampir 50 kali, menunjukkan betapa mulianya akal itu.

Sebagaimana hadis yang diriwayat al-Tabarani, 

"Kejadian pertama yang dijadikan oleh Allah ialah akal, lalu ia diperintahkannya datang, akal pun datang. Kemudian ia diperintahkan pergi, akal pun pergi. Kemudian Allah berfirman kepada akal; Demi kebesaran-Ku dan kemuliaan-Ku, tidak ada makhluk lain yang lebih mulia di sisi-Ku daripada kejadianmu. Dengan mu AKu memberi dan mengambil. Denganmu Aku memberi pahala dan menyiksa."

Peranan Akal
  1. Mengkaji dan mendalami serta mempelajari ilmu. 
  2. Mempelajari wahyu Allah dan untuk memahaminya.
  3. Salah satu syarat manusia ditaklifkan dan akal yang tidak diarahkan dengan betul menurut syarak atau akal yang lalai menyebabkan sesorang itu dikenakan azab.
  4. Sumber dan memain peranan utama untuk mengenal Allah, sama ada melalui sifat-Nya atau bukti kekuasaan-Nya. 
  5. Membawa peranan yang positif serta dengannya dapat seseorang menilai kebaikan dan keburukan. Sekiranya tidak mengetahui, akal sewajarnya mengarahkan sesorang itu supaya berusaha bertanya kepada yang lebih arif.
"Berfikirlah kamu tentang makhluk atau penciptaan Allah, janganlah kamu berfikir tentang zat Allah, kerana sesungguhnya kamu tidak akan mampu memenuhi kadarnya"


















         

Comments

Popular posts from this blog

KONSEP SYAHADAH DAN TUNTUTANNYA

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM