KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
Setiap insan di muka bumi ini mestilah menginsafi bahawa mereka dicipta oleh Allah SWT untuk mengabdikan diri kepadanya. Kita akan kembali ke hadratNya, dihitung segala amalan dan diberi balasan atas perbuatan di dunia, syurga atau neraka.
Pengertian Ibadah
Dari segi bahasa, abd' ; merendah diri, patuh dan taat (al-Maududi, 1984)
Dari segi istilah, ; khusyuk kepada Allah SWT, merendah diri dan tetap hati kepadaNya.
Syeikh Ibn Taymimah dalam kitabnya Ubudiyyah menyatakan; ibadah bermaksud kehinaan dan kecintaan kepada Allah SWT
Iman dan Ibadah
Beriman dan beribadat tidak akan memberi faedah jika tiada 3 dasar ini;
- Iman yang bersih dari segala syirik
- Ibadat yang menurut cara yang ditetapkan Tuhan dan dengan ikhlas
- Mematuhi hukum Tuhan
Syarat Sesuatu Amalan dikira sebagai Ibadah
- Niat mesti ikhlas kerana Allah SWT
- Amalan yang dibuat tidak melanggar hukum syarak
- Natijabh dari usaha diatur ke jalan Allah SWT untuk kemakmuran alam dan manusia
- Amalan itu dilakukan dengan penuh ketekunan
- Tidak ada niat riak, menunjuk-nunjuk atau 'ujub.
Secara ringkasnya, kita mestilah melakukan sesuatu amalan itu dengan niat kepada Allah SWT sahaja dan bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk atau bangga diri. Selain daripada itu, amalan yang kita lakukan pula mestilah tidak bercanggah dengan hukum syarak seperti contohnya, meminum arak dengan menyebut bismillah. Perbuatan ini bukan sahaja melanggar hukum syarak, malah dianggap sebagai mempersendakan Allah SWT.
Seterusnya, amalan yang kita lakukan itu pula mestilah tiada unsur penindasan atau penzaliman. Natijah kerja yang dilakukan mestilah disalurkan ke jalan yang betul dan sesuai dengan syariat. Sebagai contohnya, seorang peniaga yang memperolehi hasil yang lumayan menyalurkan hasilnya kepada fakir miskin, membayar zakat dan sebagainya. Peniaga itu tidak menyalurkan hasil pendapatannya untuk perkara-perkara sepert membeli arak, membeli nombor ekor dan sebagainya.
Selain itu, ibadah asas perlulah dijaga, seperti solat lima waktu, dan solat jumaat supaya mendapat keredhaan Allah dan dimurahkan rezeki olehNya. Akhir sekali, kita mestilah melakukan kerja atau amalan ibadah itu dengan bersungguh-sungguh.
Pembahagian Ibadah
Pendekatan Pertama
a. Ibadah-ibadah asas
-segala yang berkaitan dengan rukun Islam dan rukun Iman yang bersifat fardhu 'ain.
b. Ibadah-ibadah furuk/cabang
-berkaitan dengan fardhu kifayah.
c. Ibadah-ibadah fardha'il' amal / ibadah amalan utama
-termasuk segala amalan sunat, lahir dan batin
Pendekatan Kedua
a. Ibadah Zahiriah
-bermaksud syariah; perkara wajib dilakukan atau perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
-hablum minallah/ ibadah makhdhah; ibadah yang berhubungkait dengan Allah SWT seperti solat, puasa dll.
-hablum minannas/ ghairu makhdhah; perbuatan atau hubungan dengan manusia seperti munakahat, sosial, ekonomi dll.
b. Ibadah Batiniah (Hakikat)
-ibadah yang bersifat batin ; mahmudah (baik) dan mazmumah (tercela)
-terbahagi kepada dua bahagian;
>hubungan dengan Allah
>hubungan dengan manusia
Pendekatan Ketiga
a. Ibadah Umum
Segala perbuatan, perkataan dan niat yang baik akan dikira sebagai ibadah jika mengikut syarat syarat ibadah yang sudah dinyatakan di atas.
b.Ibadah Khusus
-segala amalan yang disebut khusus di dalam Al Quran; terdapat dua jenis, ibadah fardhu dan sunat.
-contohnya, solat lima kali sehari, puasa, membayar zakat (fardhu ain)
-menguruskan jenazah, mempelajari bidang-bidang profesional yang bermanfaat kepada umat Islam (fardhu kifayah)
-ibadah sunat; sunat muakkad = sangat digalakkan; solat sunat fajar
-sunat ghayr muakkad = sunat tidak muakkad; solat sunat rawatib, puasa sunat, bersedekah
Keistimewaan Ibadah dalam Islam
- bebas dari sebarang perantaraan
- tidak terikat dengan sesuatu tempat atau masa tertentu
- tidak membebankan
- skop ibadah yang sangat luas; merangkumi segala aspek kehidupan
Impak Ibadah dalam Kehidupan Muslim
Impak ibadah solat;
- mendisiplin diri, menjadikan rendah hati, terhindar dari perkara keji, memperoleh kebahagiaan, sentiasa ingat akan Allah SWT, mendatangkan rezeki, meweujudkan perpaduan dan persaudaraan, mengikis sifat mazmumah
Impak ibadah puasa;
- menyucikan diri batin manusia, memelihara kesihatan dan menyembuhkan penyakit, mencapai takwa
Impak ibadah Zakat;
- membersihkan harta, menambah rasa syukur, menyuci rohani, menolong orang yang lemah, mencegah kerawanan sosial, mendatangkan keberkatan
Impak ibadah haji;
- Pengertian ibadah haji ialah "mengkasaskan Baitullah Al-Haram di Mekah untuk mengerjakan ibadat dengan syarat-syarat
- menjadikan seseorang sedia untuk berkorban
- mengikis sifat ego dan sombong
- mendorong untuk meneladani perjuangan para nabi
- memperkukuh jiwa tauhid
Kesan Ibadah yang Berkualiti
- Melahirkan kesatuan umat
- Membentuk budaya hidup Islam
- Mendidik seseorang berkelakuan jujur
- Ditakuti syaitan
- Selamat dari pengaruh kejahatan dan maksiat
- Menghasilkan pekerjaan yang berkualiti
- Melahirkan perasaan bebas
- Membentuk akhlak dan melatih jiwa yang murni
- Melahirkan masyarakat yang prouktif
- Mewujudkan negara yang melaksanakan ajaran Islam
- Mendapat kebaikan dunia akhirat
Kesimpulan
Sesungguhnya Islam adalah agama yang sempurna kerana mencukupi semua genap aspek kehidupan. Dalam Islam segala perkerjaan dikira sebagai ibadah sekiranya memenuhi syarat dan peraturan,
Islam membuka peluang kepada umatnya untuk melakukan kebaikan dalam apa jua bidang dan bentuk.
lkl
ReplyDelete