KONSEP SYAHADAH DAN TUNTUTANNYA

Makna syahadah : "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu adalah Rasulullah."

  • Syahadah membezakan seseorang itu Islam atau kafir.
  • Digelar dua kalimah syahadah kerana mengandungi dua bahagian syahadah.
  • Yang dimaksudkan dengan dua kalimah syahadah ialah menafikan ketuhanan kepada sesuatu selain Allah. dan menetapkan bahawa sifat ketuhanan hanya milik Allah. 
  • Di samping itu, hendaklah mengaku kerasulan Nabi Muhammad SAW. 
  • Iman dan Islam dikira tidak sah tanpa syahadah.
Hukum Melafazkan Syahadah

-Setiap orang yang melafazkan syahadah dengan rela hatinya untuk menganut agama Islam, mempunyai hak dan kewajipan dalam Islam, wajib dikenakan ke atasnya segala hukum dan syariat Islam.

Syarat Sah Syahadah
  • Diketahui dan difahami - wajib mengetahui makna dan kandungannya
  • Ditasdiqkan dengan hati - wajib meyakini maksudnya dan tidak ragu atau sangsi
  • Diikrarkan dengan lidah - wajib mengikrar dengan lidah serta hendaklah mengucapkan dengan selengkapnya
  • Diamalkan dengan anggota - wajib mengamalkan tuntutan dan kehendak dua kalimah syahadah dan menolak segala perakara yang bertentangan dengan isi kandungan kalimah syahadah.

Rukun Syahadah
  1. Ithbat Imenetapkan) Zat
  2. Ithbat Sifat
  3. Ithbat Af'al
  4. Ithbat Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah 
Tuntutan Beriman dengan Syahadah
  1. Melaksanakan hak Allah
  • Taat kepada Allah
  • Melakukan perintahnya dan menjauhi larangannya
  • Menerima apa yang dibawa oleh al-quran dan Sunnah
  • Mencari keredhaannya
      2. Melaksanakan hak diri sendiri
  • Menuntut ilmu
  • Melakukan ibadat
  • Beriman dengan perkara ghaib
  • Mengajak ke arah kebaikan
  • Menghukum dengan hukum Allah
  • Menjaga diri dari melakukan perakara yang membatalkan syahadah
Perkara yang Membatalkan Syahadah
  1. Dari segi iktikad
  • Syak terhadap kewujudan Allah
  • Syak terhadap rasul
  • Syak terhadap perkara ghaib
  • Menghalalkan sesuatu yang diharamkan ijmak seperti zina, membunuh, liwat dll
  • Menafikan perkara sunat dengan ijmak ulama seperti sunat rawatib
  • Meringankan janji Allah dengan balasan pahala atau dosa
      2. Dari segi perbuatan
  • Sujud kepada perkara selain Allah
  • Mencampakkan mushaf Al-Quranke tempat yang hina
  • Pergi ke rumah ibadat agama lain dengan menyerupai penganut agama tersebut
      3. Dari segi perkataan
  • Mempermainkan nama Allah, rasul dan agama Islam
  • Tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah beri
  • Menyebut kepada orang Islam "Hai Yahudi" atau "Hai orang tiada agama"
  • Meringankan suruhan Allah
  • Menyebut "berapa kali dah aku solat, tapi tak pernah bernasib baik, solat apa macam ni"
"Allah menyatakan bahawasanya tiada tuhan yang layak disembah (melainkan Dia), yang mengakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu) Tiadalah Ilah yang layak disembah selain Dia." (Ali Imran: 18)












Comments

Popular posts from this blog

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

ISU-ISU SEMASA BERKAITAN AKIDAH