ISU-ISU SEMASA BERKAITAN AKIDAH

ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN AKIDAH 

credit; sinar harian

  1. Fahaman Islam liberal serta pluralisme agama 
  2. Amalam syirik dan ajaran sesat 
  3. Fahaman syiah 

Fahaman Islam liberal 

Ancaman akidah yang terbesar masa kini ialah gerakan islam liberal.
Liberal : kebebasan kepada individu tanpa sekatan atau sekatan yang sedikit


Islam liberal telah mengemukakan ideologi yang bertentangan dengan ajaran Islam iaitu dengan persamaan dari segi anutan agama. Mereka telah mengatakan bahawa tiada perbezaan tuhan yang disembah oeh setiap agama.


Aliran liberalisme ini juga dipengaruhi oleh sifat-sifat barat di mana merupakan lanjutan daripada zaman Renaisans (kebangkitan) yang berlaku di Eropah. Antara sifat-sifat fahaman liberalisme ialah:
  • Individu lebih penting daripada masyarakat 
  • Masyarakat wujud untuk individu 
  • Individu bebas dari ikatan agama 

Teras pemikiran Islam liberal 

Fahaman mereka ini berakar pada "kebebasan akal tanpa batasan ditambah pula dengan perasaan syak dan ragu terhadap Islam." Mereka juga meletakkan akal lebih tinggi dari wahyu, dan kerana itu jugalah mereka merasakan diri mereka layak untuk digelar sebagai muktazilah moden atau neo-muktazilah (golongan yang menggunakan dalil aqliah/akal)

Golongan Islam liberal ini lebih menggunakan akal dalam setiap perkara, bagi mereka penerimaan terhadap wahyu hendaklah berasaskan kepda penilain akal dan rasional. Mereke juga mengatakan bahawa tiada apa yang dapat dikategorikan sebagai Qat'iyyat atau Musallamat iaitu "ajaran-ajaran agama yang mesti diterima kebenarannya tanpa merujuk kepada akal terlebih dahulu (yakni diterima di atas dasar iman dan keyakinan kepada Allah dan Rasul)."

Setelah dikaji, kaedah pemikiran golongan Liberal ini dipengaruhi oleh pengaruh barat iaitu; 

1. Kebergantungan kepada akal semata-mata
2. Dualisme dalam memahami realiti dan kebenaran.
3. Penekanan kepada unsur-unsur perubahan dalam kewujudan yang menayangkan pandangan alam (worldview) yang sekular.
4. Doktrin humanisme iaitu jelmaan ideologi sekularisme yang memusatkan penilaian segala-galanya kepada fikiran manusia.
5. Konsep tragedi

Apakah itu Pluralisme agama? 

Bermaksud mempercayai semua agama adalah sama kerana kepercayaan dalam setiap agama adalah relatif. Golongan aliran ini tidak boleh mengakui bahawa mereka ada satu agama sahaja yang betul dan yang lain merupakan agama sesat. Secara umumnya, golongan ini mempercayai semua agama adalah sama, maka dia mempercayai semua agama ini dan menganut semua gama. 

Adakah ayat "semua agama sama" itu boleh digunapakai dalam agama Islam? 


Answer: Tidak, dari sudut logik sekiranya kita mengambil dari sudut membuat kebaikan, kita boleh cakap bahawa "semua agama tujuan nya untuk membuat kebaikkan" tetapi kebaikan yang dilakukan oleh agama lain tidak akan sama dengan agama Islam. Kenyataan ini juga tidak boleh digunapakai kerana Allah hanya menerima Islam sahaja untuk agama. 

Amalan syirik atau ajaran sesat  

Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa jua bentuk sama ada perbuatan, perkataan atau iktikad. 

Ajaran sesat ialah satu ajaran, fahaman atau amalan yang didakwa sebagai ajaran islam tetapi hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan Al-Sunnah.  Contohnya, Ayah Pin, Millah Abraham dan Tuan Harun.


CIRI-CIRI AJARAN SESAT 

1) Menyalahi prinsip sumber perundangan Islam

Ajaran ini bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah, Ijma' (pendapat ulama') dan Qiyas (ayat ini tiada dalam al-Quran tetapi kita boleh kaitkan sesuatu berdasarkan ayat-ayat Quran). Contohnya, seseorang mendakwa dirinya mendapat wahyu dan mengaku diri sebagai nabi yang diutuskan selepas kenabian Muhammas SAW memang akan dianggap sesat kerana di dalam al-Quran, al-Sunnah, ijma' dan qiyas telah menerangkan bahawa Nabi Muhammad SAW itu ialah penutup nabi-nabi dan para Rasul. 

2) Berhubungan dengan kuasa jin, syaitan dan iblis

Mereka percaya bahawa mereka mempunyai kuasa-kuasa ghaib dan luar biasa yang diberi oleh Allah terutamanya kepada pemimpin mereka. Disebabkan mereka mahu membuktikan kebenaran perkara ini dan menarik lebih ramai lagi minat orang untuk mempercayai ajaran mereka, mereka sanggup memuja sesuatu yang boleh mendatangkan kuasa pada diri mereka iaitu menggunakan perantaraan roh, jin, hantu dan syaitan, 

Sesetengah daripada masyarakat menganggap bahawa perkara itu sebagai 'karamah' iaitu keajaiban yang diberi oleh Allah SWT kepada hamba-hamba Allah yang salih lagi warak padahal perkara itu ialah istidraj iaitu sesuatu kesenangan dan nikmat yang Allah berikan kepada orang yang jauh dari-Nya yang sebenarnya itu menjadi azab baginya sama ada dia bertaubat atau semakin jauh. 


a) Unsur Tarekat

Tarekat menurut bahasa Arab bermaksud jalan atau cara. Jalan yang dimaksudkan ialah jalan untuk menjadi orang yang bertaqwa dan diredhai Allah. Secara praktisnya tarekat adalah himpunan amalan amalan taqwa. Tarekat mempunyai dua jenis iaitu tarekat wajibdan tarekat sunat. Tarekat wajib ilaha amalan-amalan yang wajib dilakukan iaitu solat, puasa dan sebagainya. Tarekat sunat pula ialah perkara-perakara sunat seperti zikir, mathurat dan banyak lagi. 

Golongan syiah ini telah memesongkan perkara-perkara tarekat ini. Antara tarekat yang melencong atau sesat dari disiplin ilmu tarekat termasuklah : Naqsyabandiyyah dan Ahmadiyyah.

b) Unsur mitos 

Golongan syiah ini akan mereka pelbagai cerita untuk menyakinkan pengikut mereka tentang kehebatan Guru atau Syeikh mereka. Antara unsur-unsur mitos yang direka ialah berilmu kebal, melayang di udara dan melakukan perkara yang luar biasa. 

c) Persilatan



Dijadikan sebagai senjata perjuangan mereka.
Antara amalan ajaran sesat dalam silat: 

1) Amalan bertapa berhari-hari di dalam gua atau bilik tanpa keluar untuk bersolat dan bekerja
2) Mengasap keris dengan kemenyan sebagai penghormatan kepada penunggu atau jin
3) Mendapat ilmu batin dengan mengamalkan sesuatu zikir yang dicipta tanpa sandaran hadis dan Al-Quran.

d) Perbomohan 


Selalunya unsur bid’ah dan kepercayaan khurafat digunakan untuk menyembuh penyakit. Kebanyakan proses pengubatan menggunakan makhluk halus seperti jin sebagai medium pengantaraan. Mereka juga menggunakan jampi serapah dan kata-kata mantera yang pelik. Sekiranya kita berubat dengan ustaz atau bomoh kita tidak boleh mengatakan bahawa amalan yang dilakukan oleh ustaz atau bomoh tersebut amat berkesan sehingga seseorang itu betul-betul sembuh kerana Allah SWT sahaja lah yang mempunyai kuasa unutk menyembuhkan segala penyakit.



Fahaman Syiah


Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW , Abu Bakar terpilih sebagai khalifah pertama hasil musyawarah antara kaum Muhajirin dan Ansar. Ada golongan yang mahu Saidina Ali bin Abi Thalib kerana posisinya sebagai Ahlul Bait. Timbul keyakinan terhadap keimamahan Ali bin Abi Thalib terutamanya di kalangan Saba’iyah (Abdullah bin Saba’).

Selepas kematian Othman bin Affan, berlaku beberapa pergolakan yang membawa kepada perang Siffin. Kedua belah pihak mengadakan tahkim namun tidak dapat menyelesaikan masalah lalu

umat Islam terpecah kepada tiga kekuatan politik iaitu Muawiyah , Syiah dan Al-Khawarij.

Apakah itu syiah?

Perkataan "syiah" adalah satu kata sifat yang digunakan oleh orang-orang Islam yang mengikut imam-imam daripada keluarga Rasulullah (s.a.w.) iaitu ahlul bait. Ianya telah digunakan sebelum munculnya perkataan ahlussunnah, salafi atau istilah-istilah lain. Perkataan "syiah" memberi makna “pengikut” atau “ahli bagi suatu golongan”.

Syiah mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan keturunannya menjadi pemimpin umat Islam dan hendaklah bersatu di bawah Imam.

 Syiah terbahagi kepada bebrapa cabang kecil dan mempunyai tiga cabang utama iaitu syiah imamiyyah, batiniah dan zaidiyiah.



Aqidah Syiah

Aqidah syiah berbeza dengan umat Islam kerana mereka merupakan "pengikut" kepada golongan-golongan yang sudah sesat.




Al-Tauhid
-Percaya bahawa Allah itu satu

Al-Adlu-Percaya bahawa Allah itu adil

Al-Qiyamah/Al-Ma'ad
-Percaya bahawa Allah itu akan membangkitkan manusia untuk pengadilan di Hari Kiamat

Al-Nubuwwah
-Percaya bahawa Nabi dan Rasul yang maksum dilantik oleh Allah untuk mengajar dan membimbing manusia. Muhammad S.A.W merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir.

Al-Imamah

-Percaya bahawa Allah melantik orang-orang tertentu sebagai pemimpin umat Islam yakni sebagai Imam.


PERCANGGAHAN MAZHAB SUNNI DENGAN SYIAH 

- Khalifah diwasiatkan secara warisan
- Imam adalah maksum
- Saidina Ali adalah pemimpin umat Islam setelah kewafatan Rasulullah
- Menghalalkan nikah Muta’h (kahwin kontrak)
- Mengharuskan jama’ sembahyang dalam semua keadaan
- Mencela sahabat nabi dan ummatul mukminin
- Menolak Qiyas dan Ijmak ulama’

:)

Comments

Popular posts from this blog

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

KONSEP SYAHADAH DAN TUNTUTANNYA