Posts

Showing posts from October, 2017

SISTEM MASYARAKAT ISLAM

Image
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN MASYARAKAT ISLAM 1. Memelihara nilai-nilai akhlak. 2. Berpegang teguh dengan konsep keadilan. 3. Mengambil berat terhadap kekeluargaan/ perkahwinan. 4. Menentukan kedudukan wanita dalam masyarakat. 5. Memberi tanggungjawab individu bertindak memperbaiki masyarakat. Memelihara nilai-nilai akhlak Masyarakat islam menjaga kebersihan masyarakat dari perbuatan terkutuk dan tercela.  Dalam pergaulan, masyarakat islam perlulah sentiasa  bersangka baik ,  percaya mempercayai , dan  hormat-menghormati Masyarakat islam juga mengenakan peraturan terhadap wanita: - Tak boleh bergaul bebas bersama lelaki yang bukan mahram/suami - Keluar berpakaian meutup aurat Berpegang teguh dengan konsep keadilan  Maksud adil: meletakkan sesuatu kepada tempatnya (kata lawan ialah zalim) Amatlah penting untuk berlaku adil dalam menetapkan hukum kerana keadilan merupakan asas pembentukan umat islam  Mengambil berat terhadap kekeluargaan/perkahwina

KONSEP AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Image
source; google image Definisi Ahl : Ahli/ Pakar Sunnah : Jalan / Cara yang dilalui Istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah orang yg berpegang teguh dgn kitab Allah, Sunnah RasulNYA dan apa yg para sahabat, Tabien dan pengikut mereka beriltizam dgn keduanya, samada perkataan, perbuatan mahupun iktikad yg bertetapan dengan sumber-sumber tersebut Asas-Asas Akidah Ahli Sunnah 1. Sifat Allah 2. Para Rasul 3. Kitab Suci 4. Para Malaikat 20 Sifat-Sifat Allah Sifat-Sifat Allah terbahagi kepada 4: 1. Sifat Nafsiyyah Sesuatu   yg   tidak   boleh   diterima   akal   jika  Allah  tidak   disifatkan   dengan   sifat   ini .  Atau   juga   dikatakan   sifat   untuk   menentukan   adanya  Allah, di  mana  Allah  menjadi   tidak   mungkin   ada   tanpa   adanya   sifat   tersebut .  Sifat  Allah  yg   tergolong   hanyalah   satu   i aitu   sifat -Wujud 2. Sifat Salbiyyah Sifat yg menolak apa yg tidak layak bg Allah. Atau dikatakan jg sifat yg di

ISU-ISU SEMASA BERKAITAN AKIDAH

Image
ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN AKIDAH  credit; sinar harian Fahaman Islam liberal serta pluralisme agama  Amalam syirik dan ajaran sesat  Fahaman syiah  Fahaman Islam liberal  Ancaman akidah yang terbesar masa kini ialah gerakan islam liberal. Liberal : kebebasan kepada individu tanpa sekatan atau sekatan yang sedikit Islam liberal telah mengemukakan ideologi yang bertentangan dengan ajaran Islam iaitu dengan persamaan dari segi anutan agama. Mereka telah mengatakan bahawa tiada perbezaan tuhan yang disembah oeh setiap agama. Aliran liberalisme ini juga dipengaruhi oleh sifat-sifat barat di mana merupakan lanjutan daripada zaman Renaisans (kebangkitan) yang berlaku di Eropah. Antara sifat-sifat fahaman liberalisme ialah: Individu lebih penting daripada masyarakat  Masyarakat wujud untuk individu  Individu bebas dari ikatan agama  Teras pemikiran Islam liberal  Fahaman mereka ini berakar pada " kebebasan akal tanpa batasan dit