SISTEM MASYARAKAT ISLAM


CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN MASYARAKAT ISLAM

1. Memelihara nilai-nilai akhlak.
2. Berpegang teguh dengan konsep keadilan.
3. Mengambil berat terhadap kekeluargaan/ perkahwinan.
4. Menentukan kedudukan wanita dalam masyarakat.
5. Memberi tanggungjawab individu bertindak memperbaiki masyarakat.

Memelihara nilai-nilai akhlak

Masyarakat islam menjaga kebersihan masyarakat dari perbuatan terkutuk dan tercela. 

Dalam pergaulan, masyarakat islam perlulah sentiasa bersangka baikpercaya mempercayai, dan hormat-menghormati


Masyarakat islam juga mengenakan peraturan terhadap wanita:
- Tak boleh bergaul bebas bersama lelaki yang bukan mahram/suami
- Keluar berpakaian meutup aurat


Berpegang teguh dengan konsep keadilan 



Maksud adil: meletakkan sesuatu kepada tempatnya (kata lawan ialah zalim)

Amatlah penting untuk berlaku adil dalam menetapkan hukum kerana keadilan merupakan asas pembentukan umat islam 



Mengambil berat terhadap kekeluargaan/perkahwinan

Keluarga merupakan asas kekuatan islam, kerana masyarakat Islam itu sendiri terdiri dari kumpulan-kumpulan keluarga. 

Sekiranya keluarga baik, nescaya masyarakatnya juga akan baik, begitulah juga jika sebaliknya.



Menentukan kedudukan wanita dalam masyarakat

Wanita di dalam masyarakat perlulah diletakkan di kedudukan yang sewajarnya. 

Wanita juga menentukan baik buruk sesebuah masyarakat berdasarkan perilaku mereka. 

Islam juga telah memerintahkan supaya masyarakat Islam memuliakan wanita, baik sebagai anak, isteri atau sebagai ibu. 



Wanita juga mempunyai hak di dalam sesuatu masyarakat: 

- hak menuntut ilmu 
- hak dalam harta warisan 
- hak sebagai ibu, isteri dan anak
- hak memilih bakal suami 
-hak tetap mahar
- hak nafkah 
- hak menuntut cerai 

Individu bertanggungjawab memperbaiki masyarakat

Memberi tanggungjawab kepada individu untuk memperbaiki keadaan masyarakat. 



MASYARAKAT JAHILIYAH


MASA JAHILIYAH

-Tiada masa yang tetap kerana ianya boleh muncul pada bila bila masa sahaja apabila wujud sebab musababnya.

PERBEZAAN HIDAYAH DAN JAHILIYAH

Hidayah; berpunca dari makrifullah dan mengikut petunjuk.
Jahiliyah; terbit dari kejahilan dan keenganan menurut perintah Allah.

CIRI-CIRI MASYARAKAT JAHILIYAH

a. Tidak beriman kepada Allah dengan keimanan yang sebenar.
b. Tidak menjalankan hukum Allah.
c. Wujud taghut dalam masyarakat.
d. Menurut hawa nafsu tanpa bimbingan hidayat Allah.



KESAN JAHILIYAH
  • Dari segi akidah; penyelewengan falsafah manusia dan memberikan hak hakimiah kepada manusia.
  • Dari segi ekonomi; mewujudkan perniagaan berteraskan untung semata-mata, penindasan dan eksploitasi.
  • Dari segi sosial; Hubungan antara masyarakat tidak seimbang dan penekanan dari aspek akliah dan maddiyah dari aspek kerohanian.
Sekian.































Comments

Popular posts from this blog

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

KONSEP SYAHADAH DAN TUNTUTANNYA

ISU-ISU SEMASA BERKAITAN AKIDAH