KONSEP AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

source; google image
Definisi

Ahl : Ahli/ Pakar
Sunnah : Jalan / Cara yang dilalui

Istilah
Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah orang yg berpegang teguh dgn kitab Allah, Sunnah RasulNYA dan apa yg para sahabat, Tabien dan pengikut mereka beriltizam dgn keduanya, samada perkataan, perbuatan mahupun iktikad yg bertetapan dengan sumber-sumber tersebut

Asas-Asas Akidah Ahli Sunnah

1. Sifat Allah
2. Para Rasul
3. Kitab Suci
4. Para Malaikat

20 Sifat-Sifat Allah



Sifat-Sifat Allah terbahagi kepada 4:

1. Sifat Nafsiyyah
Sesuatu yg tidak boleh diterima akal jika Allah tidak disifatkan dengan sifat iniAtau juga dikatakan sifat untuk menentukan adanya Allah, di mana Allah menjadi tidak mungkin ada tanpa adanya sifat tersebutSifat Allah yg tergolong hanyalah satu iaitu sifat
-Wujud

2. Sifat Salbiyyah
Sifat yg menolak apa yg tidak layak bg Allah. Atau dikatakan jg sifat yg digunakan utk meniadakan sesuatu yg tidak layak bagi Allah. Sifat-sifatnya ialah:
- Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu lil hawadis, Qiyamahu binafsih, Wahdaniyah

3. Sifat Maa'ni
Sifat yang diwajibkan bagi zat Allah suatu hukum atau sifat yang pasti ada pada zat Allah.

-Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama', Basar, Qalam

4. Sifat Ma'nawiyah

Sifat Allah yang dilazimkan atau tidak bisa dipisahkan dengan Sifat Ma’ani.

-Qadiran, Muridan, Ilman, Hayan, Sami'an, Basiran, Mutakalliman

Sifat Jaiz

Sifat yang mungkin boleh dimiliki dan boleh tidak dimiliki oleh Allah SWT. 
-Fi’lu kulli mumkinin au tarkuhu
Maksudnya Allah berhak menciptakan sesuatu atau tidak menciptakannya. 

Sifat-Sifat Rasul
-Tabligh (menyampaikan)
-Siddiq (benar)
-Amanah (boleh dipercayai)
-Fatanah (bijak)

Sifat Mustahil bagi Rasul
-Kitman (menyembunyikan)
-Kizb (dusta)
-Khianat (curang)
-Jahlun (bodoh)

Kitab-Kitab Suci

-Taurat ; Nabi Musa
- Zabur ; Nabi Daud
- Injil ; Nabi Isa
-Al-Quran ; Nabi Muhammad

credit; Asuh Publication
Pendirian Ahli Sunnah Wal Jamaah

1.Mempercayai sifat Allah tetapi tidak menjisimkannya. Juga meyakini rukun iman dan rukun islam.
2.Manusia mempunyai daya usaha dan ikhtiar atas perbuatan ikhtiyariyyah tetapi tidak terlepas dengan qudrat dan iradat Allah.
3.Manusia memerlukan pertolongan dari Allah.
4.Syukur ialah usaha manusia dalam menggunakan nikmat Allah.
5.Segala sesuatu yang ujud dapat dilihat dan Allah yang ujud juga dapat dilihat tetapi hanya di akhirat.
6.Iman adalah kepercayaan dalam hati. Sebut dengan lisan dan lakukan dengan perbuatan adalah pelengkap iman.
7.Orang berdosa besar yang mati sebelum bertaubat, urusannya terserah kepada Allah untuk mengampunkan atau menyeksanya.
8.Semua kewajipan ditentukan oleh Allah, bukan akal.
9.Allah tidak mempunyai kewajipan untuk berbuat islah bagi hambanya.
10.Mengutus rasul ialah hak Allah, bukan kewajipannya.
11.Allah berkuasa mencipta sesuatu tanpa ada contohnya terlebih dahulu.
12.Penghuni kubur lebih faham atau mempunyai pengertian yang lebih luas terhadap segala perbuatannya di dunia daripada sewaktu ia masih di alam dunia.
13.Kata-kata dalam al-Quran atau al-hadith yang mutsyabih harus diterima menurut adanya dalil sahaja dan diertikan menurut apa yang disebut dan jangan sama sekali samakan dengan makhluk.



Comments

Popular posts from this blog

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

KONSEP SYAHADAH DAN TUNTUTANNYA

ISU-ISU SEMASA BERKAITAN AKIDAH