KEPENTINGAN TARBIYATUL RUH


APA ITU TARBIYAH?

Berasal daripada perkataan bahasa arab yang bermaksud pendidikan atau proses mendidik sesorang dengan ilmu dan pemikiran Islam serta melaksanakannya dalam kehidupan manusia.

MATLAMAT TARBIYAH
  • Bertujuan mendidik masyarakat agar menjadikan Islam sebagai cara hidup dan pegangan mereka serta mempraktikkan dalam masyarakat.
  • Sahsiah Islamiyah dapat ditonjol dalam semua keadaan.
MATLAMAT UMUM
  • Beribadah kepada Allah SWT berdasarkan syariat
    -hanya dapat dihasilkan melalui gabungan elemen Iman, Islam, Ihsan, adil, amar ma'ruf  dan nahi munkar serta jihad fi sabilillah.

Sabda Rasulullah:
  “Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak dengan berbekalkan pahala solat, puasa dan zakat.Pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain,memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah orang dan memukul orang.Lalu, diambil pahalanya (Si Muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut.Sekiranya telah habis pahalanya,diambil pula dosa mangsa-mangsanya lalu dibebankan kepada Si Muflis.Kemudian, dia dihumban ke neraka!”           (HR Muslim)

Akhlak paling utama terbagahi kepada empat; (Imam Ghazali)
  1. Al-Hikmah; kebijaksanaan dalam mengendalikan diri seseorang daripada hawa nafsu.
  2. Al-Adlu; jiwa yang dapat mencegah kemarahan dan hawa nafsu untuk mencapai hikmah.
  3. Al-Saja'ah; keberanian, iaitu teguh hati dlaam membela dan mempertahankan kebenaran.
  4. Al-Iffah; menjaga diri daripada perbuatan maksiat dan jauhi diri daripada perbuatan tidak baik.
Kaedah Pembangunan Akhlak Remaja

1. Tazkiyah al-Nafs atau pembersihan jiwa.


Allah berfirman:
“Ketahuilah!Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terdapat di dalam jiwa kamu(anfusikum), maka hendaklah kamu berhati-hati”.(2:235)
Jenis Nafsu
Amarah - sifat-sifat jahat dan rosak
Mutmainnah - menahan keinginan nafsu dan tenangMardiyah - Lemah lembut, emnerima takdir Allah dan syukur.Kamilah - Hanya diperoleh para Rasul yang sempurna.
Jenis Hati
Qalbun - Belum kukuh dan memerlukan akal untuk bertindak.
Faadun - Hati yang sudah ada keyakinan terhadap risalah Allah.
Lubbun - Hati yang kukuh dan melahirkan cetusan hati yang rasional dan ikhlas. 
Jenis Akal
Akal biasa - Percaya hanya pada apa yang dilihat.
Akal taakul - Menganalisis berdasarkan sebab, sederhana
Akal tadabbur - Berfikir secara ikhlas dan rasional berpandukan kekuatan iman dan akal.
2. Mujahadah atau melawan hawa nafsu.
Melawan hawa nafsu semaksima mungkin agar menjadi stabil dan dapat diarahkan kepada pembinaan peribadi yang luhur.

3. Melazimi amalan kebaikan.

Membentuk keperibadian insan dengan melakukan amalan kebaikan secara istiqamah.
4. Membuat sesuatu yang bertentangan dengan akhlak yang buruk.

Sabar; Marah
Amanah; Khianat
Rendah diri; Sombong
Pemurah; Kedekut
Rajin; Malas

5. Muraqabatullah atau pengawasan diri terhadap Allah SWT. (al-Ghazali)

Merasakan diri diawasi oleh zat yang menjaga dirinya dan menumpukan perhatian yang bersungguh-sungguh kepada-Nya.









Comments

Popular posts from this blog

KONSEP SYAHADAH DAN TUNTUTANNYA

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

KONSEP ILMU DAN AKAL