KONSEP AKHLAK ISLAMIYAH

Image result for akhlakImage result for hadits rasulullah diutus untuk menyempurnakan akhlak
Pengertian Akhlak

Kata jama daripada Khuluq ; bentuk kejadian manusia dari sudut batin
Khalq ; bentuk kejadian manusia dari sudut lahir (Ibn Athir)

Menurut Ibnu Maskawayh; al Khuluq: suatu hai'ah atau keadaan bagi diri atau jiwa (al-nafs) yang sifatnya mendorong diri atau jiwa untuk melakukan perbuatan yang senang dan mudah tanpa banyak berfikir kerana sudah menjadi sifat/ kebiasaan.

Istilah akhlak; Moral dan Etika

Moral = Perkataan berasal daripada bahasa Latin 'moralis' yang bererti tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila sesebuah masayarakat.

Etika = Muncul dari perkataan Greek iaitu 'ethos' yang bererti adat atau cara hidup. Juga bermaksud sains moral yang bertanggungjawab menetukan tindakan seseorang itu, sama ada baik atau buruk.
Contohnya; Etika hindu, buddha, kung fu tze, greek kuno dan Islam

Konsep Akhlak dan Agama

Akhlak; merujuk kepada kelakuan atau watak atau gerak geri seseorang.
Agama; ajaran, peraturan, perlakuan yang tercatat di dalam kitab-kitab suci agama masing-masing yang jelas menyatakan balasan atau ganjaran yang akan diterima oleh pengikutnya.

Hubungan Agama Islam dan Akhlak

a) Semua nilai keutamaan akhlak adalah berasaskan agama. Agama adalah dasar, panduan dan hudud kepada fahaman aklak dalam Islam.
b) Konsep hari akhirat sebagai asas penting akhlak.
c) Keadilan : 
-puncak ketinggian akhlak dalam beragama
-apabila manusia kembali menunaikan perjanjian asal dengan Tuhan
-lawannya adalah zalim

Aliran Pemikiran Etika

1. Pemikiran rasionalis; waras dan logik
2. Pemikiran naturalis; berusaha kaitkan dengan kedaan sebenar
3. Pemikiran Intuisionis; melalui proses 'melihat' dan 'memahami' berkaitan bisikan hati.
4. Pemikiran Emotivis; Sikap manusia yang bertindak mengikut emosi dan perasaan.

Konsep Baik dan Jahat

Image result for mahmudah dan mazmumah
credit; tengkumohdhaitsam
Nilai Perbuatan Manusia
 
Hikmah; Keupayaan akliah untuk membuat pertimbangan yang betul tentang kebenaran kedudukan sesuatu perkara. Lawan bagi hikmah ialah jahil dan bebal.

Keberanian; Kekuatan akal budi berakarkan keyakinan tanpa syak, zan dan waham.

Kesederhanaan; Keseimbangan dalam mengisi keperluan rohani dan jasmani sehingga dapat menghasilkan ketenangan.

Adil; Keadaan yang harmoni daripada beradanya sesuatu pada kedudukannya yang betul dan sesuai. Lawannya adalah zalim.

Rasulullah sebagai Uswah Hasanah

Image result for rasulullah uswah hasanah
source; google image

1. Akhlak baginda dengan Allah SWT
2. Akhlak baginda sesama manusia
3. Akhlak baginda dengan Alam

Kesimpulan

Akhlak adalah sesuatu yang menetap dalam jiwa dan muncul dalam perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pemikiran terlebih dahulu. (Imam Ghazali)























Comments

  1. The Best Casino & Slot Machines in New Jersey - Mapyro
    There are 인천광역 출장샵 four casinos 목포 출장샵 in 경상남도 출장안마 New Jersey – 제천 출장안마 Atlantic City and Atlantic City. There's The Tropicana Casino, Tropicana Casino, Harrah's Atlantic City, 순천 출장안마 and The

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KONSEP SYAHADAH DAN TUNTUTANNYA

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

KONSEP ILMU DAN AKAL