KONSEP MANUSIA DAN PENCIPTAANNYA


source; google image
ADAM DAN PERISTIWA PENTING

1. Reaksi para malaikat dan iblis terhadap pemilihan manusia sebagai khalifah di muka bumi kepada Allah.


Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbh memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesunnguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".

Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda benda itu jika kamu orang-orang yang benar!"

Mereka menjawab:"Maha Suci Engkau, tidak ada yang kamimketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"


Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini". Maka setelah diberitahukannya keoada mereka tentang benda-benda itu, Allah berfirman:"Bukankah sudah Ku-katakan kepadamu bahwa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?'

Dan (ingatlah) ketika Kai berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali iblis; ia enggan dan takbur dan adalah termasuk golongan orang-orang yang kafir. (Al Baqarah

Mengapa manusia disebut insan?


Faktor yang meletakkan status manusia dimuliakan

1. Dari segi jasmani. ; Allah jadikan manusia dlam bentuk paling indah. 
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya" (At-Tin;4)

2. Dari segi rohani. ; Allah telah menjadikan manusia di atas fitrah yang hanif, iaitu; sifat semula jadi manusia adalah lurus, bersih, suci dan sukakan kebaikan.

3. Akal; dengannya manusia dapat mencapai ilmu dan mampu memanffatkan segala kekuassan Allah. Dapat membezakan baik dan buruk dan mampu membuat keputusan hidup.

4.Allah memuliakan manusia dengan tugas mendekatkan diri kepadaNya iaitu dengan beribadah.
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku". (al-Zhariyat: 56)

5. Dilantik sebagai khalifah; menguruskan dan menjaga keamanan di muka bumi.

6. Diturunkan petunjukNya dengan perantaraan wahyu kepada para RasulNya yang diangkat dari aklangan manusia itu sendiri supaya kemaslahatan manusia tidak tersesat jalan.


Hidup sebagai ujian

Hidup di dunia hanyalah sementara
Dunia adalah tempat kita diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan hidup yang berat atau ringan
Sebagai persiapan untuk menghadapi alam akhirat

Corak Ujian Allah

1. Kesusahan atau keburukan.
2. Kesenangan (segala yang diingini syahwat) 
3. Ibadat - diuji dengan perintah &larangan 
4. Tugas sebagai khalifah - harus ada ilmu dalam segala bidang kehidupan

Sekian.











Comments

Popular posts from this blog

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

KONSEP SYAHADAH DAN TUNTUTANNYA

ISU-ISU SEMASA BERKAITAN AKIDAH