Posts

Showing posts from September, 2017

KEPENTINGAN TARBIYATUL RUH

Image
APA ITU TARBIYAH? Berasal daripada perkataan bahasa arab yang bermaksud pendidikan atau proses mendidik sesorang dengan ilmu dan pemikiran Islam serta melaksanakannya dalam kehidupan manusia. MATLAMAT TARBIYAH Bertujuan mendidik masyarakat agar menjadikan Islam sebagai cara hidup dan pegangan mereka serta mempraktikkan dalam masyarakat. Sahsiah Islamiyah dapat ditonjol dalam semua keadaan. MATLAMAT UMUM Beribadah kepada Allah SWT berdasarkan syariat - hanya dapat dihasilkan melalui gabungan elemen Iman, Islam, Ihsan, adil, amar ma'ruf  dan nahi munkar serta jihad fi sabilillah. Sabda Rasulullah:    “Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak dengan berbekalkan pahala solat, puasa dan zakat.Pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain,memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah orang dan memukul orang.Lalu, diambil pahalanya (Si Muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangs

KONSEP MANUSIA DAN PENCIPTAANNYA

Image
source; google image ADAM DAN PERISTIWA PENTING 1. Reaksi para malaikat dan iblis terhadap pemilihan manusia sebagai khalifah di muka bumi kepada Allah. I ngatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbh memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesunnguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda benda itu jika kamu orang-orang yang benar!" Mereka menjawab:"Maha Suci Engkau, tidak ada yang kamimketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui

KONSEP ILMU DAN AKAL

Image
PENGERTIAN ILMU  Bahasa ; Al-Ru'yah: lihat dan perhati Al-'Ilm Bi al-Syai' : mengetahui tentang sesuatu AL-Izn : kebenaran atau keizinan Istilah ; Mendapat sesuatu atau pengetahuan tentang sesuatu yang belum diketahui melalui cara pembelajaran. Perbezaan Ilmu, Makrifah dan Hakikat Ilmu ; suatu pengetahuan yang meliputi pengetahuan yang diperolehi oleh seseorang sama ada melalui belajar atau pengalaman. Perkara yang berasaskan keraguan, syak, kebenaran juga kebatilan.  Makrifah ; Keadaan atau sifat seseorang yang mengenal sesuatu dari sudut zat, sifat dan kadarnya hingga akhirnya dapat mengetahui atau membongkar rahsia sesuatu. Makrifah belum pasti sepenuhnya dan tidak mencapai tahap keyakinan yang mutlak. (Imam Ghazali) Hakikat ; Kedudukan paling tinggi serta jalan untuk menjamin ke puncak kejayaan. Hal ini kerana ilmu dan makrifat ialah nur untuk hakikat. Hakikat ialah makrifat yang mutlak. Boleh dicapai melalui gabungan akal, ilmu, wahyu

KONSEP AKHLAK ISLAMIYAH

Image
Pengertian Akhlak Kata jama daripada Khuluq ; bentuk kejadian manusia dari sudut batin Khalq ; bentuk kejadian manusia dari sudut lahir (Ibn Athir) Menurut Ibnu Maskawayh; al Khuluq : suatu hai'ah atau keadaan bagi diri atau jiwa (al-nafs) yang sifatnya mendorong diri atau jiwa untuk melakukan perbuatan yang senang dan mudah tanpa banyak berfikir kerana sudah menjadi sifat/ kebiasaan. Istilah akhlak; Moral dan Etika Moral = Perkataan berasal daripada bahasa Latin 'moralis' yang bererti tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila sesebuah masayarakat. Etika = Muncul dari perkataan Greek iaitu 'ethos' yang bererti adat atau cara hidup. Juga bermaksud sains moral yang bertanggungjawab menetukan tindakan seseorang itu, sama ada baik atau buruk. Contohnya; Etika hindu, buddha, kung fu tze, greek kuno dan Islam Konsep Akhlak dan Agama Akhlak ; merujuk kepada kelakuan atau watak atau gerak geri seseorang. Agama ; ajaran, peraturan, pe

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

Image
        Setiap insan di muka bumi ini mestilah menginsafi bahawa mereka dicipta oleh Allah SWT untuk mengabdikan diri kepadanya. Kita akan kembali ke hadratNya, dihitung segala amalan dan diberi balasan atas perbuatan di dunia, syurga atau neraka . Pengertian Ibadah Dari segi bahasa, abd' ; merendah diri, patuh dan taat (al-Maududi, 1984) Dari segi istilah, ; khusyuk kepada Allah SWT, merendah diri dan tetap hati kepadaNya. Syeikh Ibn Taymimah dalam kitabnya Ubudiyyah menyatakan; ibadah bermaksud kehinaan dan kecintaan kepada Allah SWT  Iman dan Ibadah Beriman dan beribadat tidak akan memberi faedah jika tiada 3 dasar ini; Iman yang bersih dari segala syirik Ibadat yang menurut cara yang ditetapkan Tuhan dan dengan ikhlas Mematuhi hukum Tuhan Syarat Sesuatu Amalan dikira sebagai Ibadah Niat mesti ikhlas kerana Allah SWT Amalan yang dibuat tidak melanggar hukum syarak Natijabh dari usaha diatur ke jalan Allah SWT untuk kemakmuran alam da

KONSEP SYAHADAH DAN TUNTUTANNYA

Image
Makna syahadah : "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu adalah Rasulullah." Syahadah membezakan seseorang itu Islam atau kafir. Digelar dua kalimah syahadah kerana mengandungi dua bahagian syahadah. Yang dimaksudkan dengan dua kalimah syahadah ialah menafikan ketuhanan kepada sesuatu selain Allah. dan menetapkan bahawa sifat ketuhanan hanya milik Allah.  Di samping itu, hendaklah mengaku kerasulan Nabi Muhammad SAW.  Iman dan Islam dikira tidak sah tanpa syahadah. Hukum Melafazkan Syahadah -Setiap orang yang melafazkan syahadah dengan rela hatinya untuk menganut agama Islam, mempunyai hak dan kewajipan dalam Islam, wajib dikenakan ke atasnya segala hukum dan syariat Islam. Syarat Sah Syahadah Diketahui dan difahami - wajib mengetahui makna dan kandungannya Ditasdiqkan dengan hati - wajib meyakini maksudnya dan tidak ragu atau sangsi Diikrarkan dengan lidah - wajib mengikrar dengan lidah serta he

KONSEP AQIDAH ISLAMIYAH

Image
Definisi Aqidah Aqidah datang dari perkataan Aqdun; janji yang kuat dan membawa maksud kesuluruhan sebagai suatu janji yang kuat antara hamba dan pencipta. Aqidah, sesungguhnya merupakan benteng kepada iman. Kita boleh lihat contoh insan yang mempunyai aqidah yang kuat dan teguh, seperti Bilal bin Rabah, Sumayyah, Ammar Yasir dan ramai lagi para sahabat nabi SAW Perbezaan Aqidah dan Ideologi Aqidah o Bersifat keagamaan o  Bersebati dalam jiwa o  Ada kekuatan ghaib o   Tetap dan tidak berubah o  Sentiasa bersemangat dan bercahaya o  Sanggup mati mempertahankannya